Thursday 9 April 2015

R Nachimuthu ungguli hari ke-2 PGM Johor pada sesi pagi

Sumber foto: theclubhouse

Pemain golf tempatan R. Nanchimuthu terus mengungguli hari kedua pada kejohanan PGM Johor Championship dengan melakukan 68 pukulan, 4 dibawah par untuk terus berada di puncak dengan 12 dibawah keseluruhan, manakala rakan senegara Nicholas Fung berada di tangga kedua dengan 11 dibawah par selepas melakukan 67 pukulan pada hari ke-2.

Tempat ketiga juga diungguli oleh pemain tempatan S. Murthy dengan 69 pukulan, 9 dibawah selepas dua pusingan. Tempat ke-4 pula milik pemain New Zealand dengan 8 dibawah par selepas mempamerkan aksi cemerlang pada hari kedua dengan 66 pukulan berbanding 70 pukulan pada pusingan pertama untuk mengumpul 8 dibawah par.

Namun, keputusan ini masih belum selesai kerana sesi petang akan menyaksikan pemain tempatan Shaaban Hussin yang semalam berada di tangga ke-2 dengan 7 dibawah par bakal beraksi dan cuba untuk mengatasi pendahulu.

No comments:

Post a Comment