Tuesday 7 April 2015

Bombtech Grenade & Power Blit Air Force One driver clubs!


Semalam aku saja je browse internet tengok-tengok macam-macam jenis golf clubs (tengok je sebab tak mampu nak beli) hahahah..Dalam duk browse-browse tu terjumpa la driver baru nama dia gempak tu yang buat aku nak taw brand apakah ini sebab tak pernah tengok pun.

Nama dia bapak ganas dengan warna hijau neon. Nama driver tu GRENADE dari company golf kecil di AS Bombtech Golf (Gempak kan nama company dia?) Hehehe..


Anyway bila aku baca dengan lebih lanjut pasal driver GRENADE ni dia kata driver brand dorang lagi bagus dari brand-brand besar yang pemain pro PGA Tour pakai seperti Titleist, Taylormade, Callaway dan ada beberapa lagi lah. Bukan setakat itu saja, dorang siap buat eksperimen la nak test driver siapa yang boleh pukul lebih jauh dan dah pastinya GRENADE paling jauh.



Harga driver GRENADE ini pula harga murah sedikit lah dari brand popular kerana dorang ni tak ada sponsor mana-mana pemain golf. Kalau anda di luar sana nak beli driver ni memang tak ada la jual kat Malaysia ni. Kena beli online kat website dorang. Haa ni links website dorang http://www.bombtechgolf.com/ so kalau nak tau dengan lebih lanjut kena tengok sendiri lah.


Lagi satu driver yang aku terjumpa semalam adalah driver dari brand Power Blit Air Force One...Perghhh nama Air Force One ni bapak gempak, dah macam nama pesawat presiden AS ja. Apa yang menarik perhatian aku adalah driver dorang ni ada teknologi 'Nitrogen Charged'. Apa kejadah menantang nitrogen ada kena mengena dengan batang kayu golf?? Haa aku pun tak berapa nak faham jugak.


Tapi lepas baca dengan lebih lanjut menurut dorang, depa masukkan gas nitrogen dalam driver Air Force One ini supaya driver itu dapat 'perform' lebih baik dan membolehkan anda pukul bola dengan lurus dan lebih tepat. Betul ke tidak tak tahu! Kena cuba sendiri lah kan baru tau. Jadi bagi sesiapa yang nak dengan lebih lanjut macam biasalah boleh layari laman web dorang di http://www.powerbilt.com/.



Aku rasa bagus jugak kalau kedai golf besar seperti MST Golf bawa masuk brand-brand macam ni sebab murah sikit berbanding dengan brand popular lain, tetapi bagus macam brand mahal....


No comments:

Post a Comment